Berbakti kepada masyarakat setempat Sabran Asmawi

Dari kampung-kampung yang berdekatan dengan rumah kediaman di Alor Pongsu, Matang Pasir, Changkat Lobak, Sungai Malau, Larut, Matang dan Selama, Bukit Merah, Perak Parit Haji Taib, Parit Mentara, Pekan Bagan Serai, Masjid Tinggi, Gunung Semanggol, Kuala Kurau, Kamunting, Air Kuning, Kuala Kangsar Pekan Taiping, Matang Gerdu, Sungai Bogak, Pekan Parit Buntar dan banyak lagi. Bukan sahaja dalam negeri Perak sahaja malah melebar luas sehingga ke daerah-daerah dalam negeri Pulau Pinang dan di sebahagian daerah dalam negeri Kedah Darul Aman. Kerja dakwah ini tidak pernah terhenti sentiasa sahaja diteruskan oleh Allahyarham TG walau dalam apa keadaan sekalipun sehinggalah ke akhir hayat.

Allahyarham TG mula menabur bakti di usia masih muda (awal 30an), dengan terlantik menjadi imam tetap di Masjid Ar-Ridzuan Alor Pongsu, sumber rujukan utama dalam bidang hukum hakam agama bagi masyarakat setempat, penolong pendaftar nikah dan cerai (naib kadhi) bagi kawasan Changkat Lobak, adalah diantara khidmat kemasyarakatan yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi. Oleh sebab itu Allahyarham TG amat di hormati oleh setiap lapisan masyarakat di Alor Pongsu, Bagan Serai, Gunung Semanggol dan kawasan sekitarnya.

Di akhir tahun 1980an dan awal tahun 1990an masehi, Allahyarham TG dilantik pula oleh masyarakat untuk memimpin Sekolah Agama Rakyat (SAR) ar-Ridwaniah Teluk Medan, Negeri Perak mengambil alih tempat Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Qadir Kahar yang meninggal dunia. Jawatan ini disandang hinggalah di penghujung tahun 1999an sebelum meletakkan jawatan sementara waktu untuk membolehkan Allahyarham TG bertanding di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10.

Maka kemuncaknya di usia menjangkau 61 tahun, Allahyarham TG telah menjadi pilihan utama masyarakat dan rakyat umum di dalam PRU pada November tahun 1999M. Di dalam PRU itu, Allahyarham TG telah dicalonkan dan terpilih untuk menjadi wakil rakyat bagi kawasan Gunung Semanggol bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia PAS. Serentak dengan kejayaan memenangi PRU itu, secara rasmi Allahyarham TG diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi memaksimumkan lagi curahan semaian bakti kepada masyarakat dan berkhidmat kepada rakyat tidak mengira agama, bangsa, latarbelakang dan warna kulit.

Rujukan

WikiPedia: Sabran Asmawi http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?n... http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogrou... http://www.ijn.com.my http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/p_Ma... http://www.pilihanraya.com.my http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://mufti.penang.gov.my/ahlijawatankuasa.htm